Monday, 23 April 2012

NILAI MURNI BHG C


17 NILAI MURNI BAHAGIAN C BAHASA MELAYU UPSR

 1.          Baik Hati
2.          Berdikari
3.          Hemah Tinggi
4.          Hormat-menghormati
5.          Kasih Sayang
6.          Keadilan
7.          Kebebasan
8.          Keberanian
9.          Kebersihan fizikal dan mental
10.               Kejujuran
11.               Kerajinan
12.               Kerjasama
13.               Kesederhanaan
14.               Kesyukuran
15.               Rasional
16.               Semangat bermasyarakat
17.               Patriotisme

Contoh Frasa dan Pecahan Nilai murni dan Pengajaran:
  • Menolong orang - Bertanggungjawab
  • Menghulurkan bantuan - Prihatin
  • Menderma, menyumbang - Toleransi
  • Memberi hadiah - Penyayang
  • Berkongsi barang dengan adik-beradik - Kasih sayang
  • Memberi hadiah - Pemurah
  • Membantu - Baik hati
  • Berkongsi - Berhemah tinggi
  • Membuat kerja rumah/sekolah - Rajin
  • Membuat jadual belajar - Gigih
  • Mengulang kali - Keazaman
  • Menyiapkan .... - Bersungguh-sungguh
  • Mengembalikan - Jujur
  • Memulangkan - Tulus
  • Menyerahkan - Amanah
  • Memberikan (Tidak meminta balasan) - Ikhlas
  • Meminjamkan - Rela hati
  • Tidak berkira - Bertolak-ansur
  • Tidak mementingkan diri sendiri - Sepakat/Muafakat
  • Mengagihkan tugasan - Adil/saksama
  • Membuat sesuatu keputusan - Bijaksana
  • Bertindak - Bestari
  • Mencari penyelesaian - Rasional
  • Menjadi rujukan - Matang
  • Bertindak demi kebaikan - Berani
  • Basuh baju/ kasut - Berdikari
  • Menghormati lagu Negaraku - Cinta negara
  • Mematuhi undang-undang - Semangat patriotik
  • Membawa bekal ke sekolah - jimat-cermat
  • Menjaga kebersihan diri - Cinta kebersihan
  • Menjaga kebersihan alam sekeliling - Mencintai alam
  • Membantu orang lain - Bekerjasama
  • Mengikut arahan guru - Taat
  • Mematuhi peraturan - Akur
  • Patuh arahan ibu bapa - Berdisiplin
  • Tenang mengahadapi sesuatu keadaan - Cekal
  • Tidak mudah kecewa - Tabah
  • Meneruskan usaha walaupun ...- Sabar
  • Tabah melakukan sesuatu - Tidak mudah berputus asa
  • Bangun awal, bersiap awal - Menepati masa
  • Menyiapkan kerja sekolah - Menghargai masa
  • Siapkan kerja mengikut masa - Menepati janji
  • Semangat inisiatif, inovatif, kreatif - Daya usaha
  • Rela berkorban masa, tenaga dan wang ringgit - Dedikasi
  • Berupaya mencapai sesuatu kejayaan - Jaya diri
  • Hidup berbaik-baik dengan jiran - Semangat kejiranan
  • Sikap, pertimbangan yang tidak keterlaluan -Kesederhanaan
  • Kesenangan yang dikecapi - Kesyukuran
  • Pengiktirafan - Penghargaan
  • Berterima kasih - Menghargai
  • Suka bergaul mesra, tidak mengasingkan diri - Persaudaraan

MUTIARA KATA


"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya" ~ Hamba Allah
"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" ~ Hamba Allah
"Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan."
"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya." ~ Albert Camus

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."

"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

"Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya."

"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." ~ Cecil B. DeMille

"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan."

"Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu." ~ Aflatun

"Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar."

"Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."

"Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal."

"Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang dapat d



"Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas."

"Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan."

"Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya."

"Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya."

"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya."

"Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar."

"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya."

"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya."

"Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah." ~ Wahab B. Munabin

"Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan." ~ Andre Colin

"Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka." ~ Soekarno

"Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti" ~ Hukama

"Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya" ~ Confucius

"Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara." ~ Abraham Lincoln

"Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh." ~ Albert Einstein

"Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji." ~ La Roche

"Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah."

"Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang."
ifikirkan menentukan apa yang akan dicapai."


Thursday, 19 April 2012

CONTOH MIKRO PENGAJARAN

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN



Tarikh                          : 17. 4. 2012                                   Masa          : 9.45-10.45 pagi
Hari                             : Selasa                                          Bil. Pelajar  : 25 orang.
Kelas                           : 4 Ibnu Sina
Mata Pelajaran            : Bahasa Melayu
Tajuk                           : Lemang
Objektif                       : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:
1.    Menceritakan isi bahan yang dibaca
2.    Menulis cara membuat lemang dengan tulisan berangkai yang kemas dan cantik.
Pengetahuan sedia ada: Murid-murid biasa melihat proses membuat lemang dan makan lemang.
Konsep                        :  Kata seru
Bahan                          :  Petikan, lembaran kerja, Komputer riba
Nilai                             :  Berani, bekerjasama.
Kemahiran                  :
5.2 Aras 1 (ii)               :  Menceritakan isi bahan yang dibaca.
11.3 Aras 1(i)              :  Menulis perkataan dengan tulisan berangkai yang kemas dan cantik.

Langkah/
Masa

Isi Pelajaran
           Aktiviti Pengajaran  Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid


Set induksi
(5 minit )

Guru memperdengarkan lagu hari raya.

1)  Guru bersoaljawab lagu.
2)  Guru bertanyakan persediaan yang dilakukan sebelum menyambut hari raya.
3)  Guru mengaitkan dengan tajuk pelajaran 

1)  Murid menyanyi lagu raya bersama-sama.
2)  Murid menjawab soalan guru



Nyanyian

Soal jawab

Langkah 1
(5 minit)

Bersoal jawab tentang makanan yang biasa

dihidangkan pada majlis hari raya.

1)    Guru bertanya apakah yang biasa dihidangkan pada

hari raya?
2)    Guru meminta murid bercerita bagaimana membuat lemang.

1)  Murid menyenaraikan makanan yang biasa

2)  dihidangkan pada hari raya.
3)  Murid bercerita proses membuat lemang mengikut
pengetahuan sedia ada murid.


Sumbang saran

Langkah 2
(13 minit)

Membaca dialog

Kata seru
Eh, Wah, Oh

1)    Guru meminta murid membaca dialog daripada buku teks muka surat 79.
2)    Guru meminta beberapa orang murid membaca dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul.
3)    Guru meminta murid  menyenaraikan kata seru yang terdapat dalam petikan.
4)    Guru meminta murid membaca ayat yang terdapat kata seru.


1)    Murid membaca dialog  secara senyap
2)    Murid membaca dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul.
3)    Murid menyenaraikan kata seru yang terdapat dalam dialog.
4)    Murid membaca ayat yang terdapat kata seru




Bacaan kuat









Bacaan 

Langkah 3
12 minit

Cara-cara memasak lemang.


1)    Guru berbincang cara-cara memasak lemang berdasarkan dialog yang  dibaca dan pengalaman murid.
2)    Guru mencatat cara-cara memasak lemang di papan tulis.

1)    Murid menyatakan cara-cara memasak lemang berdasarkan dialog yang dibaca dan pengalaman murid.
2)    Murid membaca catatan guru bersama-sama.

Perbincangan





Bacaan





Langkah 4
(20 minit)
Tulisan berangkai
1)      Guru menunjukkan contoh tulisan berangkai.
2)      Guru meminta murid menulis ayat dengan tulisan berangkai dengan kemas dan cantik
1) Murid meneliti cara-car menulis tulisan berangkai.
2) Murid menulis ayat dengan tulisan berangkai dengan kemas dan cantik dengan bimbingan guru.


Tunjuk cara
Penutup
5 minit
Rumusan
Nilai murni
1)    Guru memilih hasil kerja murid dan menayangkan kepada murid-murid.
2)    Guru mengarahkan murid menampalkan hasil kerja murid pada papan kenyataan yang disediakan.
3)    Guru merumus isi pelajaran dan nilai murni.
1) Murid bersama-sama menilai hasil kerja mereka.
2) Murid menampalkan hasil kerja mereka di papan kenyataan yang disediakan.
3) Murid menyatakan nilai murni yang terdapat dalam pelajaran hari ini