POLISEMI ( Kata Banyak Makna )
Perkataan
|
Makna
|
Ayat contoh
|
Baik
|
1. Berfaedah
|
Bersukan sangat baik untuk kesihatan
|
2. elok
|
Gadis itu baik budi pekertinya
| |
3. mulia
|
Perangai budak itu sangat baik.
| |
4. akrab
|
Faridah kawan baik saya
| |
5. pulih/ sembuh
|
Demamnya sudah beransur baik.
| |
banyak
|
1. jumlah / bilangan
|
Saya mendapat upah yang banyak.
|
2. bukan sedikit / ramai
|
Banyak orang hadir ke tapak perhimpunan itu.
| |
3. Terlalu / berlebih-lebih
|
Budak itu dipulaukan kerana banyak lagak
| |
barang
|
1. benda
|
Barang itu tersimpan di dalam almari
|
2. anggaran / lebih kurang
|
Berikan saya barang sekilo tepung
| |
3. apa-apa sahaja
|
Ikutlah barang apa katanya nanti
| |
4. walau
|
Barang ke mana sahaja dia pergi, ibunya tetap bersama.
| |
basi
|
1. makanan yang sudah rosak.
|
Makanan itu sudah basi, tidak elok kamu makan.
|
2. maklumat yang sudah lama
|
Cerita itu sudah basi, jemu kami mendengarnya.
| |
3. bahagian yang lebih sedikit daripada ukuran
|
Ketika berwuduk, basikan sedikit ke atas siku supaya semua bahagian dibasahi air.
| |
bekas
|
1. benda untuk menyimpan sesuatu
|
Simpanlah kek itu ke dalam bekas kedap udara
|
2. kesan yang ditinggalkan oleh sesuatu.
|
Parut ini bekas gigitan kucing.
| |
3. pernah menjadi sesuatu sebelumnya
|
Bapanya bekas anggota polis.
| |
Betul-betul
|
1. sungguh-sungguh / memang
|
Dia betul-betul mengamalkan petua yang diajari gurunya.
|
2. tepat
|
Tumbukan itu betul-betul mengenai mukanya.
| |
3. dengan elok, dengan sempurna
|
Butangkan baju itu betul-betul, biar kemas
| |
berhenti
|
1. tidak bergerak
|
Kenderaan yang bergerak itu sudah berhenti.
|
2. berakhir / tamat
|
Syida mengambil sijil berhenti sekolah.
| |
3. Meletakkan jawatan, sudah tidak bekerja
|
Rahman sudah berhenti bekerja di syarikat itu.
| |
4. berehat
|
Mari kita berhenti dahulu untuk meneguk minuman dan menjamah makanan.
| |
besar
|
1. dewasa
|
Kesemua anaknya sudah besar dan berkerjaya.
|
2. berpengaruh
|
Orang-orang besar sedang menghadap sultan.
| |
3. banyak
|
Rusa hidup dalam satu kumpulan yang besar.
| |
4. sangat penting
|
Saya datang membawa hajat yang sangat besar.
| |
5. sukar diatasi
|
Banjir merupakan masalah besar kepada penduduk di kawasan tanah rendah.
| |
betul
|
1. benar / tidak salah
|
Kata-kata nenek memang betul.
|
2. Sungguh / sangat
|
Rumah di kawasan itu cantik betul.
| |
3. Sejati / tulen
|
Dia orang Melayu betul walaupun berkulit hitam.
| |
bidang
|
1. Penjodoh bilangan
|
Nelayan itu memasang dua bidang layar.
|
2. Jurusan / lapangan
|
Profesor itu pakar dalam bidang fizik.
| |
3. Ukuran lebar
|
Bidang kain iru kira-kira satu meter.
| |
biji
|
1. Bahagian keras di tengah buah
|
Biji cempedak yang direbus memang lazat.
|
2. Buah yang kecil
|
Tauge terhasil daripada biji kacang hijau
| |
3. Penjodoh bilangan
|
Ana makan sebiji mempelam.
| |
bintang
|
1. Sejenis objek di cakerawala
|
Bintang kelihatan pada waktu malam.
|
2. Nasib / untung
|
Bintangnya semakin terang sejak tinggal di asrama.
| |
3. Pingat kebesaran
|
Beliau dianugerahkan bintang oleh sultan.
| |
4. Jaguh dalam sesuatu lapangan
|
Shalin Zulkifli bintang boling.
| |
bisa
|
1. bahan beracun
|
Bisa ular itu boleh menyebabkan kematian.
|
2. kesan yang menyakitkan
|
Dia dapat menahan bisa tikaman keris itu.
| |
3. menyakitkan hati/ perasaan
|
Ucapan ketua kampong sungguh bisa rasanya.
| |
bocor
|
1. tiris
|
Atap rumah Pak Tua banyak yang bocor.
|
2. terbuka rahsia
|
Rahsia tentang peragut itu sudah bocor.
| |
3. lubang pancit
|
Tayar basikalnya bocor tertusuk paku.
| |
buah
|
1. penjodoh bilangan
|
Puan Rohani membeli sebuah kereta.
|
2. bahagian tumbuhan yang terjadi daripada bunga.
|
Buah mangga itu sudah boleh dipetik.
| |
3. pergerakan/ teknik
|
Pak Karim menunjukkan buah silatnya.
| |
4. bahagian badan manusia yang menyerupai buah.
|
Buah lengannya besar lagi pejal.
| |
buku
|
1. helaian kertas berjilid
|
Leman membaca buku cerita.
|
2. tempat pertemuan dua ruas
|
Buku tebu ini rapuh dan mudah dikunyah.
| |
3. penjodoh bilangan
|
Pak Mat membeli dua buku roti.
| |
bunga
|
1. bahagian tumbuhan untuk pembiakan
|
Bunga rambutan itu diserang ulat.
|
2. bahagian permukaan tayar
|
Dia disaman kerana bunga tayarnya haus.
| |
3. keuntungan
|
Pinjaman itu dikenakan bunga sebanyak lima peratus.
| |
4. sesuatu yang dianggap penyeri.
|
Gadis itu bunga di dalam kelasnya.
| |
5. corak / lakaran pada lukisan
|
Bunga pada lukisan itu sungguh cantik
| |
buruk
|
1. tidak cantik / using
|
Pondok di hujung kampung itu sungguh buruk
|
2. tidak baik / jahat
|
Dia tidakdisukai kerana perangainya buruk
|
Alamat
ReplyDeleteTQ
ReplyDelete