Seloka merupakan salah satu daripada cabang puisi lama. Mari kita belajar melagukan seloka.
http://www.youtube.com/watch?v=J699DKudh-s
Tuesday, 10 April 2012
Monday, 9 April 2012
CONTOH KARANGAN
Fakta: Banjir
Tulis sebuah karangan tentang ‘Banjir’. Panjang jawapan kamu
tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
Rangka Karangan :
Pendahuluan - bencana alam
-sering melanda pada akhir tahun di Pantai Timur.
-berlaku akibat hujan lebat tanpa henti (tengkujuh)
Perenggan ke-2 - kerap melanda di kawasan rendah dan tepi
sungai.
sungai.
- banyak harta benda musnah
- haiwan ternakan dan tanaman mati
- kerugian besar
Perenggan ke-3 - mengancam nyawa
- aliran air deras dan dalam
- lemas
Perenggan ke-4 - pelbagai benda merbahaya dihanyutkan air
- ada yang nahas terkena atau terperangkap
benda merbahaya
- airnya tercemar dan boleh menyebarkan penyakit
Penutup - berhati-hati
- berpindah segera sebelum air naik
*****************************************
Banjir
Banjir adalah bencana alam
yang sering melanda negara kita terutamanya di negeri -negeri Pantai Timur,
Semenanjung Malaysia. Kebiasaannya negeri-negeri ini akan mengalami musim
tengkujuh padasetiap akhir tahun. Hujan lebat yang
kerap berlaku pada masa itu menyebabkan banjir di kawasan itu.
Banjir kerap melanda
kawasan-kawasan yang rendah seperti kawasan berhampiran sungai. Banyak harta
benda yang musnah serta binatang ternakan dan tanaman mati. Mereka yang
terlibat seperti para petani akan mengalami kerugian besar.
Banjir juga boleh
mengancam nyawa. Ramai yang lemas kerana bermain dengan air banjir yang
alirannya deras dan dalam. Apatah lagi jika mereka tidak tahu berenang.
Air banjir yang keruh
menghanyutkan pelbagai benda yang berbahayaseperti kayu tajam, tali dan
sebagainya. Ada yang nahas kerana terlanggar atau terperangkap dengan
benda-benda yang dihanyutkan air deras ini. Air banjir juga tercemar dengan
pelbagai kotoran daripada air kumbahan, bangkai binatang dan sebagainya.
Keadaan ini boleh menyebarkan penyakit. Justeru, janganlah mengambil air banjir untuk
diminum, apatah lagi jika tidak dimasak.
Oleh itu, apabila tiba
musim hujan kita mestilah berhati -hati. Adalah lebih baik jika kita berpindah
ke tempat yang lebih selamat sebelum air naik.
Anda mungkin juga meminati:
Saturday, 7 April 2012
Thursday, 5 April 2012
SYAIR SITI ZUBAIDAH
SYAIR SITI ZUBAIDAH
video syair siti zubaidah
video syair siti zubaidah
Tuesday, 3 April 2012
PANTUN NASIHAT
Angin teluk menyisir pantai
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati
Pergi mendaki Gunung Daik
Hendak menjerat kancil dan rusa
Bergotong-royong amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa
Air melurut ke tepian mandi
Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk
Daun sirih ulam Cik Da
Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyak ilmu di dada
Biar merunduk resmi padi
Buah pelaga makan dikikir
Dibawa orang dari hulu
Sebarang kerja hendak difikir
Supaya jangan mendapat malu
Kemumu di tengah pekan
Dihembus angin jatuh ke bawah
Ilmu yang tidak diamalkan
Bagai pohon tidak berbuah
Tumbuh melata si pokok tebu
Pergi pasar membeli daging
Banyak harta tak ada ilmu
Bagai rumah tidak berdinding
Tulis surat di dalam gelap
Ayatnya banyak yang tidak kena
Jagalah diri jangan tersilap
Jikalau silap awak yang bencana
Hendak belayar ke Teluk Betong
Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat
Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu
Lagu bernama serampang laut
Ditiup angin dari Selatan
Layar dikembang kemudi dipaut
Kalau tak laju binasa badan
Padi segemal kepuk di hulu
Sirih di hilir merekap junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
Pasir sebutir jadikan intan.
Budak-budak berkejar-kejar
Rasa gembira bermain di sana
Kalau kita rajin belajar
Tentu kita akan berjaya
Jangan pergi mandi di lombong
Emak dan kakak sedang mencuci
Jangan suka bercakap bohong
Semua kawan akan membenci
Buah cempedak bentuknya bujur
Sangat disukai oleh semua
Jika kita bersikap jujur
Hidup kita dipandang mulia
Jikalau tuan mengangkat peti
Tolong masukkan segala barang
Jikalau anak-anak bersatu hati
Kerja yang susah menjadi senang
Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya
Kayu bakar dibuat arang
Arang dibakar memanaskan diri
Jangan mudah menyalahkan orang
Cermin muka lihat sendiri
Selasih tumbuh di tepi telaga
Selasih dimakan si anak kuda
Kasih ibu membaa ke syurga
Kasih saudara masa berada
Masuk hutan pakai sepatu
Takut kena gigitan pacat
Kalau kita selalu bersatu
Apa kerja mudah dibuat
Bandar baru Seberang Perai
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan tulang berkecai
Budi yang baik dikenang juga
Encik Dollah pergi ka Jambi
Pergi pagi kembali petang
Kalau Tuhan hendak membagi
Pintu berkancing rezeki datang
Orang haji dari Jeddah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak
Pinang muda dibelah dua
Anak burung mati diranggah
Dari muda sampai ke tua
Ajaran baik jangan diubah
Terang bulan di malam sepi
Cahya memancar kepangkal kelapa
Hidup di dunia buatlah bakti
Kepada ibu dan juga bapa
Kapal kecil jangan dibelok
Kalau dibelok patah tiangnya
Budak kecil jangan di peluk
Kalau dipeluk patah tulangnya
Asal kapas menjadi benang
Dari benang dibuat kain
Barang yang lepas jangan dikenang
Sudah menjadi hak orang lain
Tengahari pergi mengail
Dapat seekor ikan tenggiri
Jangan amalkan sikap bakhil
Akan merosak diri sendiri
Kapal Anjiman disangka hantu
Nampak dari Kuala Acheh
Rosak iman kerana nafsu
Rosak hati kerana kasih
Tingkap papan kayu bersegi
Sampan sakat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi darjat kerana bahasa
Anak Siti anak yang manja
Suka berjalan di atas titi
Orang yang malas hendak bekerja
Pasti menyesal satu hari nanti
Bintang tujuh sinar berseri
Bulan purnama datang menerpa
Ajaran guru hendak ditaati
Mana yang dapat jangan dilupa
Parang tajam tidak berhulu
Buat menetak si pokok Ru
Bila belajar tekun selalu
Jangan ingkar nasihat guru
Hari malam gelap-gelita
Pasang lilin jalan ke taman
Sopan santun budaya kita
Jadi kebanggaan zaman berzaman
Pergi berburu sampai ke sempadan
Dapat Kancil badan berjalur
Biar carik baju di badan
Asalkan hati bersih dan jujur
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik di kenang juga
Ramai orang membeli jamu
Di bawah pokok cuaca redup
Bersungguh-sungguh mencari ilmu
Ilmu dicari penyuluh hidup
Apa guna berkain batik
Kalau tidak dengan sucinya?
Apa guna beristeri cantik
Kalau tidak dengan budinya
Berakit-rakit ke hulu
Berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu
Bersenang-senang kemudian
Buah cempedak diluar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan
Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati
Dalam semak ada duri
Ayam kuning buat sarang
Orang tamak selalu rugi
Macam anjing dengan bayang
Baik-baik mengirai padi
Takut mercik ke muka orang
Biar pandai menjaga diri
Takut nanti diejek orang
Ke hulu membuat pagar
Jangan terpotong batang durian
Cari guru tempat belajar
Supaya jangan sesal kemudian
Mari kita tanam halia
Ambil sedikit buat juadah
Usia muda jangan disia
Nanti tua sesal tak sudah
Padi muda jangan dilurut
Kalau dilurut pecah batang
Hati muda jangan diturut
Kalau diturut salah datang
Cuaca gelap semakin redup
Masakan boleh kembali terang
Budi bahasa amalan hidup
Barulah kekal dihormati orang
Orang Daik memacu kuda
Kuda dipacu deras sekali
Buat baik berpada-pada
Buat jahat jangan sekali
Dayung perahu tuju haluan
Membawa rokok bersama rempah
Kalau ilmu tidak diamalkan
Ibarat pokok tidak berbuah
Kalau kita menebang jati
Biar serpih tumbangnya jangan
Kalau kita mencari ganti
Biar lebih kurang jangan
Pinang muda dibelah dua
Anak burung mati diranggah
Dari muda sampai ke tua
Ajaran baik jangan diubah
Pantai Mersing kuala Johor
Pantainya bersih sangat mashyur
Pohonkan doa kita bersyukur
Negara kita aman dan makmur
Orang tua patut disegani
Boleh mendapat ajarnasihat
Ular yang bisa tidak begini
Bisa lagi lidah yang jahat
Ramai orang menggali perigi
Ambil buluh lalu diikat
Ilmu dicari tak akan rugi
Buat bekalan dunia akhirat
Tuan Haji memakai jubah
Singgah sembahyang di tepi lorong
Kalau sudah kehendak Allah
Rezeki segenggam jadi sekarung
Patah gading serpih tanduk
Mari diletak di atas papan
Jika tahu ganja itu mabuk
Buat apakah ia dimakan
Anak rusa masuk ke taman
Puas sudah orang memburu
Kalau muda jadikan teman
Kalau tua jadikan guru
Berakit ke hulu dengan bergalah
Buluh pecah terbelahdua
Orang tua jangan dilangkah
Kelak biadap dituduhnya pula
Rusa betina berbelang kaki
Mati terkena jerat sembat
Orang yang muda kita sanjungi
Orang yang tua kita hormat
Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan awak makan
Suruh mengaji awak tak mahu
Adik ke kedai membeli halia
Emak memesan membeli laksa
Jadilah insan berhati mulia
Baik hati berbudi bahasa
Sunday, 1 April 2012
PANTUN DUA KERAT
Banyak udang banyak
garam
Banyak orang banyak ragam
Sebab pulut santan binasa
Sebab mulut badan binasa
Banyak orang banyak ragam
Sebab pulut santan binasa
Sebab mulut badan binasa
Sudah garahu cendana
pula
Sudah tahu bertanya pula
Sudah tahu bertanya pula
Pinggan tak retak nasi tak dingin
Orang tak hendak kami tak ingin
Orang tak hendak kami tak ingin
Paku dulang paku
serpih
Mengata orang dia yang lebih
Lain dulang lain kakinya
Lain orang lain hatinya
Lain hulu lain parang
Lain dulu lain sekarang
Mengata orang dia yang lebih
Lain dulang lain kakinya
Lain orang lain hatinya
Lain hulu lain parang
Lain dulu lain sekarang
Dahulu parang sekarang besi
Dahulu sayang sekarang benci
Daripada cempedak biarlah nangka
Daripada tiada baiklah ada
Dahulu sayang sekarang benci
Daripada cempedak biarlah nangka
Daripada tiada baiklah ada
Tak tumbuh tak melata
Tak sungguh orang tak kata
Orang berbudi kita berbahasa
Orang memberi kita merasa
Tak sungguh orang tak kata
Orang berbudi kita berbahasa
Orang memberi kita merasa
Kembang jarak kembang jagung
Berani bawak berani tanggung
Berani bawak berani tanggung
Kapal belayar dalam
semak
Perut lapar semua lemak
Perut lapar semua lemak
Gendang gendut tali
kecapi
Kenyang perut suka hati
Kalau padi taruh sama beras
Kalau tak mati boleh balas
Kenyang perut suka hati
Kalau padi taruh sama beras
Kalau tak mati boleh balas
Kayu bongkok di balik
tiang
Ayam berkokok alamat nak siang
Ayam berkokok alamat nak siang
Keli masuk
ruan keluar
Matahari masuk bulan keluar
Matahari masuk bulan keluar
Ada beras taruh dalam
peti
Ada hajat taruh dalam hati
Ada hajat taruh dalam hati
Ada ubi ada batas
Ada budi boleh dibalas
Ada budi boleh dibalas
Buah beluluk buah kepayang
Dimakan mabuk dibuang sayang
Siakap senohong, gelama ikan
duri
Bercakap bohong,lama-lama mencuri
Kayu lurus tengah ladang
Kerbau kurus banyak tulang
Secupak nasi setahil berangan
Tersepak kaki, terkehel tangan
Kerbau kurus banyak tulang
Secupak nasi setahil berangan
Tersepak kaki, terkehel tangan
Pagi petang siang
malam
Hati terang senang faham
Satu dua tiga empat
Siapa cepat dia dapat
Lima,enam,tujuh dan lapan
Kuat bersenam sihatkan badan
Hati terang senang faham
Satu dua tiga empat
Siapa cepat dia dapat
Lima,enam,tujuh dan lapan
Kuat bersenam sihatkan badan
Ratib-ratib buluh
nipah
Sudah ratip hendak upah
Sudah ratip hendak upah
Kura-kura dalam perahu
Pura-pura tidak tahu
Pura-pura tidak tahu
Tuku takal pengancing
pintu
Budak nakal memang begitu
Ayam bulat makan padi beras
Bangun lambat dapat laki malas
Tua-tua keladi
Makin tua makin menjadi
Budak nakal memang begitu
Ayam bulat makan padi beras
Bangun lambat dapat laki malas
Tua-tua keladi
Makin tua makin menjadi
Terima kasih daun keladi
Kalau boleh mahu lagi
Kalau boleh mahu lagi
Hujung bendul dalam semak
Kerbau mandul banyak lemak
Kerbau mandul banyak lemak
Tinggi rendah panjang lebar
Pergi sekolah mesti belajar
Guni kapur kirim pak mertua
Nyanyi di dapur kahwin orang tua
Pergi sekolah mesti belajar
Guni kapur kirim pak mertua
Nyanyi di dapur kahwin orang tua
Pat-pat nya
Siapa cepat dia punya
Kalau tak cengal giam
Kalau tak kenal diam
Berniaga buluh kasap
Untung habis modal lesap
Siapa cepat dia punya
Kalau tak cengal giam
Kalau tak kenal diam
Berniaga buluh kasap
Untung habis modal lesap
Duduk inding enggang tap
Senduk di dinding, panggang di atap
Senduk di dinding, panggang di atap
Taptibau puyuh
padang
Hilang pisau berganti parang
Hilang pisau berganti parang
Pokok tinggi buruk akar
Matahari tinggi perut pun lapar
Ikan tokak makan meranggung
Sedap tekak badan menanggung
Matahari tinggi perut pun lapar
Ikan tokak makan meranggung
Sedap tekak badan menanggung
Murai gila jadi
tekukur
Ajaib hairan hati tafakur
Ajaib hairan hati tafakur
Umbut mayang letak di
batu
Rambut mengerbang banyak kutu
Rambut mengerbang banyak kutu
Cekur dang gamit
Mintak cekur beri kunyit
Mintak cekur beri kunyit
Sici,loro,telu,papat
Melayu lari Jawa dapat
Melayu lari Jawa dapat
Anak dara pergi ke kedai
Rindu di hati rasa nak longlai
Rindu di hati rasa nak longlai
BANDINGAN SEMACAM
BANDINGAN SEMACAM
NOTA : Perbandingan semacam ialah sejenis bahasa kiasan yang menunjukkan sifat, keadaan seseorang atau sesuatu benda secara perbandingan.Perbandingan semacam pada umumnya digunakan dengan perkataan macam, seperti, bagai dan laksana.
NOTA : Perbandingan semacam ialah sejenis bahasa kiasan yang menunjukkan sifat, keadaan seseorang atau sesuatu benda secara perbandingan.Perbandingan semacam pada umumnya digunakan dengan perkataan macam, seperti, bagai dan laksana.
| adil | macam | hakim |
| angkuh | macam | merak |
| bebas | macam | burung |
| berani | macam | harimau/singa |
| berat | macam | batu |
| besar | macam | gajah |
| bijak | macam | pendeta |
| bodoh | macam | kerbau/lemu |
| bulat | macam | bola |
| busuk | macam | bangkai/tahi |
| cantik | macam | bidadari/bunga |
| cepat | macam | kilat |
| cerah | macam | siang |
| cerdik | macam | sang kancil |
| degil | macam | keldai |
| deras | macam | ribut |
| gagah | macam | gergasi |
| ganas | macam | harimau/singa |
| garang | macam | harimau |
| gebu | macam | kapas |
| gelap | macam | malam |
| gemuk | macam | babi/babak |
| halus | macam | baldu/habuk |
| hangat | macam | api/neraka |
| harum | macam | bunga |
| hijau | macam | rumput |
| hina | macam | kucing kurap |
| hitam | macam | arang/buntut kuali |
| ikal | macam | mayang |
| jahat | macam | hantu/syaitan |
| jernih | macam | cermin |
| jinak | macam | merpati |
| kasar | macam | kulit nangka |
| kecil | macam | semut |
| kencang | macam | ribut |
| keras | macam | batu/besi |
| kesat | macam | pasir |
| kotor | macam | najis |
| kuat | macam | Badang |
| kuning | macam | kunyit |
| kurus | macam | lidi |
| lambat | macam | kura-kura/siput |
| lancar | macam | air |
| lari | macam | kuda |
| lembut | macam | sutera |
| liat | macam | getah |
| licin | macam | belut |
| ligat | macam | gasing |
| luas | macam | padang |
| mahal | macam | berlian/emas |
| malas | macam | keldai |
| manis | macam | gula/madu |
| masam | macam | cuka |
| masin | macam | garam |
| menangis | macam | budak-budak |
| merah | macam | biji saga/darah |
| merdu | macam | buluh perindu |
| miskin | macam | pengemis |
| mulia | macam | raja |
| nipis | macam | kertas |
| pahit | macam | hempedu/jadam/ubat |
| panas | macam | api |
| pandai | macam | Sang Kancil |
| pantas | macam | kijang/kilat |
| pedas | macam | cabai/cili |
| pucat | macam | mayat/orang mati |
| putih | macam | kapas |
| rajin | macam | semut |
| ramai | macam | semut/ulat |
| rata | macam | padang |
| ringan | macam | kekabu |
| riuh | macam | pasar |
| sabar | macam | nabi |
| segak | macam | putera |
| sejuk | macam | air batu/ais |
| sibuk | macam | lebah |
| tajam | macam | pedang/sembilu |
| takut | macam | tikus |
| tandus | macam | padang pasir |
| tawar | macam | air |
| terang | macam | siang |
| tinggi | macam | galah |
| tumpul | macam | belakang parang |
| wangi | macam | bunga |
| zalim | macam | Firaun |
Subscribe to:
Posts (Atom)
