KATA KERJA
http://www.slideshare.net/trsal08/kata-kerja-505383
Friday, 20 April 2012
Thursday, 19 April 2012
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tarikh : 17. 4. 2012 Masa : 9.45-10.45 pagi
Hari : Selasa Bil.
Pelajar : 25 orang.
Kelas : 4 Ibnu Sina
Mata
Pelajaran : Bahasa Melayu
Tajuk : Lemang
Objektif : Pada akhir pengajaran
dan pembelajaran, murid-murid dapat:
1. Menceritakan
isi bahan yang dibaca
2. Menulis
cara membuat lemang dengan tulisan berangkai yang kemas dan cantik.
Pengetahuan
sedia ada: Murid-murid biasa melihat proses membuat lemang dan makan lemang.
Konsep : Kata seru
Bahan : Petikan, lembaran kerja, Komputer riba
Nilai : Berani, bekerjasama.
Kemahiran :
5.2
Aras 1 (ii) : Menceritakan isi bahan yang dibaca.
11.3
Aras 1(i) : Menulis
perkataan dengan tulisan berangkai yang kemas dan cantik.
Langkah/
Masa
|
Isi
Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
|
Catatan
|
|
Aktiviti
Guru
|
Aktiviti
Murid
|
|||
Set
induksi
(5
minit )
|
Guru
memperdengarkan lagu hari raya.
|
1) Guru
bersoaljawab lagu.
2) Guru
bertanyakan persediaan yang dilakukan sebelum menyambut hari raya.
3) Guru
mengaitkan dengan tajuk pelajaran
|
1) Murid
menyanyi lagu raya bersama-sama.
2) Murid
menjawab soalan guru
|
Nyanyian
Soal
jawab
|
Langkah
1
(5
minit)
|
Bersoal jawab tentang
makanan yang biasa
dihidangkan pada majlis
hari raya.
|
1) Guru
bertanya apakah yang biasa dihidangkan pada
hari raya?
2) Guru
meminta murid bercerita bagaimana membuat lemang.
|
1) Murid
menyenaraikan makanan yang biasa
2) dihidangkan
pada hari raya.
3) Murid
bercerita proses membuat lemang mengikut
pengetahuan sedia ada murid.
|
Sumbang
saran
|
Langkah
2
(13
minit)
|
Membaca dialog
Kata seru
Eh, Wah, Oh
|
1) Guru
meminta murid membaca dialog daripada buku teks muka surat 79.
2) Guru
meminta beberapa orang murid membaca dialog dengan sebutan dan intonasi yang
betul.
3) Guru
meminta murid menyenaraikan kata seru
yang terdapat dalam petikan.
4) Guru
meminta murid membaca ayat yang terdapat kata seru.
|
1) Murid
membaca dialog secara senyap
2) Murid
membaca dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul.
3) Murid
menyenaraikan kata seru yang terdapat dalam dialog.
4) Murid
membaca ayat yang terdapat kata seru
|
Bacaan
kuat
Bacaan
|
Langkah
3
12
minit
|
Cara-cara
memasak lemang.
|
1) Guru
berbincang cara-cara memasak lemang berdasarkan dialog yang dibaca dan pengalaman murid.
2) Guru
mencatat cara-cara memasak lemang di papan tulis.
|
1) Murid
menyatakan cara-cara memasak lemang berdasarkan dialog yang dibaca dan
pengalaman murid.
2) Murid
membaca catatan guru bersama-sama.
|
Perbincangan
Bacaan
|
Langkah
4
(20
minit)
|
Tulisan
berangkai
|
1) Guru
menunjukkan contoh tulisan berangkai.
2) Guru
meminta murid menulis ayat dengan tulisan berangkai dengan kemas dan cantik
|
1) Murid
meneliti cara-car menulis tulisan berangkai.
2) Murid
menulis ayat dengan tulisan berangkai dengan kemas dan cantik dengan
bimbingan guru.
|
Tunjuk
cara
|
Penutup
5
minit
|
Rumusan
Nilai
murni
|
1) Guru
memilih hasil kerja murid dan menayangkan kepada murid-murid.
2) Guru
mengarahkan murid menampalkan hasil kerja murid pada papan kenyataan yang
disediakan.
3) Guru
merumus isi pelajaran dan nilai murni.
|
1)
Murid bersama-sama menilai hasil kerja
mereka.
2)
Murid menampalkan hasil kerja mereka
di papan kenyataan yang disediakan.
3)
Murid menyatakan nilai murni yang
terdapat dalam pelajaran hari ini
|
|
Wednesday, 18 April 2012
KEJAYAAN SK. SAUK (KOKURIKULUM)
Antara murid-murid yang berjaya merangkul pingat dalam Kejohanan Balapan dan Padang peringkat zon Kati/ Padang Rengas 2012. SK. Sauk berjaya menjadi johan keseluruhan dan
Olahrawati zon.
Majlis penganugerahan menghargai kejayaan anak didik.
| Kegembiraan yang dikongsi para jurulatih dan pemain-pemain. |
Pasukan Bola Jaring SK Sauk berjaya menjadi juara peringkat zon dan tempat ke-3 peringkat daerah.
LAGU GURU CANTIK- A RAMLI
Kepada rakan-rakan guru, dedikasikan lagu ini.....
http://www.youtube.com/watch?v=tJpfksKvUFQ
http://www.youtube.com/watch?v=tJpfksKvUFQ
Tuesday, 10 April 2012
SELOKA PAK KADUK
Seloka merupakan salah satu daripada cabang puisi lama. Mari kita belajar melagukan seloka.
http://www.youtube.com/watch?v=J699DKudh-s
http://www.youtube.com/watch?v=J699DKudh-s
Monday, 9 April 2012
CONTOH KARANGAN
Fakta: Banjir
Tulis sebuah karangan tentang ‘Banjir’. Panjang jawapan kamu
tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
Rangka Karangan :
Pendahuluan - bencana alam
-sering melanda pada akhir tahun di Pantai Timur.
-berlaku akibat hujan lebat tanpa henti (tengkujuh)
Perenggan ke-2 - kerap melanda di kawasan rendah dan tepi
sungai.
sungai.
- banyak harta benda musnah
- haiwan ternakan dan tanaman mati
- kerugian besar
Perenggan ke-3 - mengancam nyawa
- aliran air deras dan dalam
- lemas
Perenggan ke-4 - pelbagai benda merbahaya dihanyutkan air
- ada yang nahas terkena atau terperangkap
benda merbahaya
- airnya tercemar dan boleh menyebarkan penyakit
Penutup - berhati-hati
- berpindah segera sebelum air naik
*****************************************
Banjir
Banjir adalah bencana alam
yang sering melanda negara kita terutamanya di negeri -negeri Pantai Timur,
Semenanjung Malaysia. Kebiasaannya negeri-negeri ini akan mengalami musim
tengkujuh padasetiap akhir tahun. Hujan lebat yang
kerap berlaku pada masa itu menyebabkan banjir di kawasan itu.
Banjir kerap melanda
kawasan-kawasan yang rendah seperti kawasan berhampiran sungai. Banyak harta
benda yang musnah serta binatang ternakan dan tanaman mati. Mereka yang
terlibat seperti para petani akan mengalami kerugian besar.
Banjir juga boleh
mengancam nyawa. Ramai yang lemas kerana bermain dengan air banjir yang
alirannya deras dan dalam. Apatah lagi jika mereka tidak tahu berenang.
Air banjir yang keruh
menghanyutkan pelbagai benda yang berbahayaseperti kayu tajam, tali dan
sebagainya. Ada yang nahas kerana terlanggar atau terperangkap dengan
benda-benda yang dihanyutkan air deras ini. Air banjir juga tercemar dengan
pelbagai kotoran daripada air kumbahan, bangkai binatang dan sebagainya.
Keadaan ini boleh menyebarkan penyakit. Justeru, janganlah mengambil air banjir untuk
diminum, apatah lagi jika tidak dimasak.
Oleh itu, apabila tiba
musim hujan kita mestilah berhati -hati. Adalah lebih baik jika kita berpindah
ke tempat yang lebih selamat sebelum air naik.
Anda mungkin juga meminati:
Subscribe to:
Posts (Atom)
