POLISEMI( Kata Banyak Makna )
Perkataan
|
Makna
|
Ayat contoh
|
cara
|
1. aturan , sistem
|
Kami belajar cara pemanduan yang selamat.
|
2. Gaya
|
Cara dia berjalan seperti peragawati.
| |
3. macam , seperti
|
Kita selesaikan perbalahan ini cara adik-beradik.
| |
4. dalam bahasa atau loghat
|
Dia bercakap cara Cina ketika membeli barangan.
| |
5. adat resam, budaya
|
Majlis perkahwinan itu mengikut cara lama.
| |
cerah
|
1. terang
|
Cuaca cerah kembali selepas hujan.
|
2. jernih
|
Cahaya boleh menembusi kaca yang cerah.
| |
3. agak putih
|
Orang Cina memang berkulit cerah.
| |
4. bahagia
|
Mereka menabung supaya cerah masa hadapan.
| |
5. berseri
|
Wajahnya kembali cerah setelah menerima hadiah itu.
| |
Ceria
|
1. bersih dan cantik
|
Kelas itu kelihatan sungguh ceria.
|
2. riang, gembira
|
C ikgu Nita sungguh ceria setiap kali mengajar.
| |
3. menarik
|
Pakaian yang dipakainya sangat ceria.
| |
cergas
|
1. bertenaga
|
Kita bersenam supaya sentiasa cergas.
|
2. aktif, giat
|
Pemuda itu cergas dalam lapangan seni
| |
3. pantas, cepat
|
Mereka bergerak cergas sebaik sahaja visel dibunyikan.
| |
4. masih hidup dan aktif
|
Rupa-rupanya gunung berapi yang disangka mati itu masih cergas.
| |
contoh
|
1. benda yang serupa dengan jenisnya
|
Saya hanya memerlukan contohnya, bukan barang sebenar.
|
2. teladan
|
Perangainya menjadi contoh kepada murid-murid lain.
| |
3. model
|
Guru melakar contoh pucuk rebung.
| |
4. Acuan / cetakan
|
Sila gunakan contoh loyang itu untuk membuat biskut kelapa.
|
No comments:
Post a Comment