Monday, 9 April 2012

CONTOH KARANGAN


Fakta: Banjir

Tulis sebuah karangan tentang ‘Banjir’. Panjang jawapan kamu 
tidak kurang daripada 80 patah perkataan.




Rangka Karangan : 

Pendahuluan  - bencana alam
                          -sering melanda pada akhir tahun di Pantai Timur.
                          -berlaku akibat hujan lebat tanpa henti (tengkujuh)

Perenggan ke-2   - kerap melanda di kawasan rendah dan tepi 
                                    sungai.
                                   - banyak harta benda musnah
                                   - haiwan ternakan dan tanaman mati
                                   - kerugian besar             

Perenggan ke-3  - mengancam nyawa
                                 - aliran air deras dan dalam
                                 - lemas    

Perenggan ke-4  - pelbagai benda merbahaya dihanyutkan air
                                 - ada yang nahas terkena atau terperangkap
                                   benda merbahaya
                                - airnya tercemar dan boleh menyebarkan penyakit
                                  
Penutup     - berhati-hati
         - berpindah segera sebelum air naik 

*****************************************

Banjir


Banjir adalah bencana alam yang sering melanda negara kita terutamanya di negeri -negeri Pantai Timur, Semenanjung Malaysia. Kebiasaannya negeri-negeri ini akan mengalami musim tengkujuh padasetiap akhir tahun. Hujan lebat yang kerap berlaku pada masa itu menyebabkan banjir di kawasan itu.

Banjir kerap melanda kawasan-kawasan yang rendah seperti kawasan berhampiran sungai. Banyak harta benda yang musnah serta binatang ternakan dan tanaman mati. Mereka yang terlibat seperti para petani akan mengalami kerugian besar.


Banjir juga boleh mengancam nyawa. Ramai yang lemas kerana bermain dengan air banjir yang alirannya  deras dan dalam. Apatah lagi jika mereka tidak tahu berenang.


Air banjir yang keruh menghanyutkan pelbagai benda yang berbahayaseperti kayu tajam, tali dan sebagainya. Ada yang nahas kerana terlanggar atau terperangkap dengan benda-benda yang dihanyutkan air deras ini. Air banjir juga tercemar dengan pelbagai kotoran daripada air kumbahan, bangkai binatang dan sebagainya. Keadaan ini boleh menyebarkan penyakit. Justeru, janganlah mengambil air banjir untuk diminum, apatah lagi jika tidak dimasak.   


Oleh itu, apabila tiba musim hujan kita mestilah berhati -hati. Adalah lebih baik jika kita berpindah ke tempat yang lebih selamat sebelum air naik.


Anda mungkin juga meminati:

2 comments: