Tuesday 20 March 2012

POLISEMI ( BAB 5 )



Perkataan
Makna
Ayat contoh



gaya
1.      cara yang menjadi cirri diri
Gaya hidup mereka belum banyak berubah.
2.      anggun, ada daya penarik
Gadis itu ada gaya menjadi peguam.
3.      irama, langgam
Dia memang gemar gaya muzik tradisional.
4.      merujuk kesamaan
Bahasa yang digunakannya ada gaya A. Samad Said.



gelap
1.      tidak terang, kelam
Cuaca gelap tanpa sebutir bintang di langit.
2.      secara haram
Dadah itu dijual di pasaran gelap.
3.      Sukar difahami
Ilmu dipelajarinya setiap hari. Namun dia masih berasa gelap.
4.      Tidak bahagia
Masa depannya semakin gelap sejak ditimpa kemalangan itu.


genting
1.      kecil di tengah-tengah
 Pokok kelapa itu genting pada batangnya.

2.      tegang, meruncing
Rusuhan itu menjadi semakin genting.
3.      hamper putus
Tali itu terlalu genting, jangan tarik lagi
4.      jenis atap
Rumah banglonya beratapkan genting.

gugur
1.      jatuh, luruh
Daun-daun gugur pada musim kemarau ini.
2.      terkorban
Dia gugur sebagai pahlawan negara.
3.      mati sebelum lahir
Kandungannya gugur ketika berusia lima bulan.






habis
1.      tidak ada yang tinggal lagi
Wang simpanannya sudah habis.
2.      segalanya, kesemuanya
Rumah mereka habis musnah dipukul rebut.
3.      banyak bahagiannya
Lantai rumah using itu habis dimakan anai-anai.
4.      digunakan, dibelanjakan, diperlukan.
Sebahagian gajinya habis untuk membayar sewa rumah.
5.      selesai, berakhir
Pertunjukkan itu pasti akan habis sebentar lagi.
6.      sesudah itu, setelah itu
Habis, apa yang dikehendakinya lagi?




halus
1.      kecil-kecil
Kakak membeli gula halus untuk membuat kek.
2.      sangat kecil ukuran kelilingnya.
Ibu menggunakan jarum halus untuk menjahit butang baju saya.
3.      Lembut, liicin
Kulit Salmi begitu halus bagai kulit bayi.
4.      Elok dan rapi
Gadis itu sungguh halus pekertinya.
5.      tidak garau.
Halus benar suara penyanyi itu.
6.      tidak dapat dilihat dengan mata kasar
Budak itu dirasuk makhluk halus.
Perkataan
Makna
Ayat contoh


hampa
1.      tidak berisi, kosong
Padi yang hampa tidak boleh djadikan benih.
2.      kecewa
Dia berasa hampa kerana majlis itu dibatalkan.
3.      gagal, sia-sia
Usaha mereka selama ini hampa belaka.




hancur
1.      pecah, remuk
Bangunan itu hancur akibat dibom oleh pengganas.
2.      bercerai-berai
Rumah tangganya hancur akibat tiada persefahaman.
3.      menjadi cair, larut
Gula mudah hancur akibat tiada persefahaman.
4.      sedih sekali
Hati ibunya begitu hancur apabila mendapat tahu bahawa anaknya menagih dadah.





hangat
1.      panas
Air teh di dalam teko itu masih hangat lagi.
2.      terlebih timbang
Kalau menimbang biar hangat, jangan terkurang.
3.      meriah, seronok
Majlisitu mendapat sambutan yang sungguh hangat.
4.      genting, tegang
Perbalahan antara mereka menjadi semakin hangat.
5.      masih baru berlaku
Berita tentang pembunuhan  itu masih hangat diperkatakan
6.      penuh semangat
Pidatonya begitu hangat lagi pedas.


hanya
1.      sahaja
Anak Pak Badul hanya seorang.
2.      cuma
Dia hadir hanya untuk member sokongan.
3.      melainkan, kecuali
Yang lain bersetuju, hanya dia yang membangkang.



haus
1.      kering tekak, dahga

Sudah lama dia berjemur, tentulah dia berasa haus.
2.      semangat ingin
Budak itu haus akan belaian kasih saying ibu kandungnya.
3.      berkurangan tebalnya
Tayar keretanya sudah haus dan tidak selamat digunakan.






Hidup








Hilang
1.      bernyawa, bernafas
Ikan yang ditangkap itu masih hidup lagi.
2.      mendapat rezeki
Kami hidup dengan mengambil upah menoreh getah sahaja.
3.      seperti keadaan sebenarnya
Lukisan itu kelihatan hidup.
4.      berada dalam keadaan tertentu
Hidup dipedalaman  memang sukar.
5.      masih menyala
Api di dapur itu masih hidup.
6.      masih bergerak
Jam yang terjatuh itu masih hidup lagi.
7.      benda segar yang tidak dijeruk

1.      lenyap, ghaib
Ibu memetik cabai hidup untuk dibuat sambal.

Tiba-tiba lembaga itu hilang entah ke mana.
2.      tidak dapat dikeluarkan lagi
Suaranya hilang akibat sakit kerongkong.
3.      tidak kedengaran lagi
Bunyi pekikan itu hilang tiba-tiba

4.      tidak ada lagi (perasaan)

Rasa marah terhadap adiknya telah hilang.



hujung
1.      bahagian terakhir sesuatu yang panjang
Ikatkan  tali pancing pada hujung joran itu.
2.      akhir (masa)
Kami berkelah pada hujung minggu.
3.      tempat yang terjauh
Rumah Ani terletak di hujung kampong.
4.      bahagian yang tajam
Kesan darah mesih terlekat pada hujung keris itu.




hulu
1.      bahagian atas, punca sungai
Air di hulu sungai memang deras.
2.      pangkal, permulaan
Dia berasa sakit pada hulu hatinya.
3.      tangkai, pemegang
Hulu parang itu diperbuat daripada tanduk.
4.      pedalaman, jauh terpencil

Mereka orang hulu, sukar hendak ke Bandar.

2 comments:

  1. salam..
    bagus nota ni....

    ReplyDelete
  2. cara nak bina ayat untuk tragik , timbang ,timang

    ReplyDelete