Friday 16 March 2012

POLISEMI ( BAB 2 )

POLISEMI ( Kata Banyak Makna )                                                                     

Perkataan
Makna
Ayat contoh


Baik
1.      Berfaedah
Bersukan sangat baik untuk kesihatan
2.      elok
Gadis itu baik budi pekertinya
3.      mulia
Perangai budak itu sangat baik.
4.      akrab
Faridah kawan baik saya
5.      pulih/ sembuh
Demamnya sudah beransur baik.



banyak
1.      jumlah / bilangan
Saya mendapat upah yang banyak.
2.      bukan sedikit / ramai
Banyak orang hadir ke tapak perhimpunan itu.
3.      Terlalu / berlebih-lebih
Budak itu dipulaukan kerana banyak lagak


barang
1.      benda
Barang itu tersimpan di dalam almari
2.      anggaran / lebih kurang
Berikan saya barang sekilo tepung
3.      apa-apa sahaja
Ikutlah barang apa katanya nanti
4.      walau
Barang ke mana sahaja dia pergi, ibunya tetap bersama.




basi
1.     makanan yang sudah rosak.
Makanan itu sudah basi, tidak elok kamu makan.
2.     maklumat yang sudah lama
Cerita itu sudah basi, jemu kami mendengarnya.
3.     bahagian yang lebih sedikit daripada ukuran
Ketika berwuduk, basikan sedikit ke atas siku supaya semua bahagian dibasahi air.



bekas
1.      benda untuk menyimpan sesuatu
Simpanlah kek itu ke dalam bekas kedap udara
2.      kesan yang ditinggalkan oleh sesuatu.
Parut ini bekas gigitan kucing.
3.      pernah menjadi sesuatu sebelumnya
Bapanya bekas anggota polis.


Betul-betul
1.      sungguh-sungguh / memang
Dia betul-betul mengamalkan petua yang diajari gurunya.
2.      tepat
Tumbukan itu betul-betul mengenai mukanya.
3.      dengan elok, dengan sempurna
Butangkan baju itu betul-betul, biar kemas





berhenti
1.      tidak bergerak
Kenderaan yang bergerak itu sudah berhenti.
2.      berakhir / tamat
Syida mengambil sijil berhenti sekolah.
3.      Meletakkan jawatan, sudah tidak bekerja
Rahman sudah berhenti bekerja di syarikat itu.
4.      berehat
Mari kita berhenti dahulu untuk meneguk minuman dan menjamah makanan.






besar
1.      dewasa
Kesemua anaknya sudah besar dan berkerjaya.
2.      berpengaruh
Orang-orang besar sedang menghadap sultan.
3.      banyak
Rusa hidup dalam satu kumpulan yang besar.
4.      sangat penting
Saya datang membawa hajat yang sangat besar.
5.      sukar diatasi
Banjir merupakan masalah besar kepada penduduk di kawasan tanah rendah.



betul
1.      benar / tidak salah
Kata-kata nenek memang betul.
2.      Sungguh / sangat
Rumah di kawasan itu cantik betul.
3.      Sejati / tulen
 Dia orang Melayu betul walaupun berkulit hitam.

bidang
1.      Penjodoh bilangan
Nelayan itu memasang dua bidang layar.
2.      Jurusan / lapangan
Profesor itu pakar dalam bidang fizik.
3.      Ukuran lebar
Bidang kain iru kira-kira satu meter.



biji
1.      Bahagian keras di tengah buah
Biji cempedak yang direbus memang lazat.
2.      Buah yang kecil
Tauge terhasil daripada biji kacang hijau
3.      Penjodoh bilangan
Ana makan sebiji mempelam.





bintang
1.      Sejenis objek di cakerawala
Bintang kelihatan pada waktu malam.
2.      Nasib / untung
Bintangnya semakin terang sejak tinggal di asrama.
3.      Pingat kebesaran
Beliau dianugerahkan  bintang oleh sultan.
4.      Jaguh dalam sesuatu lapangan
Shalin Zulkifli bintang boling.



bisa
1.       bahan beracun
Bisa ular itu boleh menyebabkan kematian.
2.      kesan yang menyakitkan
Dia dapat menahan bisa tikaman keris itu.
3.      menyakitkan hati/ perasaan
Ucapan ketua kampong sungguh bisa rasanya.


bocor
1.      tiris
Atap rumah Pak Tua banyak yang bocor.
2.      terbuka rahsia
Rahsia tentang peragut itu sudah bocor.
3.      lubang pancit
Tayar basikalnya bocor tertusuk paku.





buah
1.      penjodoh bilangan
Puan Rohani membeli sebuah kereta.
2.      bahagian tumbuhan yang terjadi daripada bunga.
Buah mangga itu sudah boleh dipetik.
3.      pergerakan/ teknik
Pak Karim menunjukkan buah silatnya.
4.      bahagian badan manusia yang menyerupai buah.
Buah lengannya besar lagi pejal.

buku
1.      helaian kertas berjilid
Leman membaca buku cerita.
2.      tempat pertemuan dua ruas
Buku tebu ini rapuh dan mudah dikunyah.
3.      penjodoh bilangan
Pak Mat membeli dua buku roti.





bunga
1.      bahagian tumbuhan untuk pembiakan
Bunga rambutan itu diserang ulat.
2.      bahagian permukaan tayar
Dia disaman kerana bunga tayarnya haus.
3.      keuntungan
Pinjaman itu dikenakan bunga sebanyak lima peratus.
4.      sesuatu yang dianggap penyeri.
Gadis itu bunga di dalam kelasnya.
5.      corak / lakaran pada lukisan
Bunga pada lukisan itu sungguh cantik



buruk
1.      tidak cantik / using
Pondok di hujung kampung itu sungguh buruk
2.      tidak baik / jahat
Dia tidakdisukai kerana perangainya buruk

2 comments: