Friday 16 March 2012

POLISEMI

Polisemi ialah sebarang bentuk kata yang mempunyai lebih daripada satu makna, bergantung kepada konteks ayat. 

A
Perkataan
Makna
Ayat contoh

adil
1.     Wajar atau berpatutan
Jika adil, semua orang dapat bahagian yang sama
2.     Tidak memihak kepada mana-mana pihak
Kita perlu berlaku adil ketika menyelesaikan perbalahan mereka

ahli
1.     Anggota pertubuhan
Kami ahli pasukan Puteri Islam.
2.     pakar
Bapa memang ahli dalam bidang persilatan


akal
1.     fikiran
Akal budak manakan sama dengan akal orang dewasa
2.     ikhtiar
Kami sedang mencari akal untuk menyelesaikan perbalahan itu.
3.     Muslihat/ tipu daya
Dia kena akal oleh orang yang menyamar sebagai polis.


alamat
1.      maklumat tentang tempat tinggal
Boleh saya dapatkan alamat rumah kamu?
2.      tanda akan berlaku sesuatu
Mimpi itu membawa alamat yang tidak baik.
3.      Menandakan/ menunjukkan
Kalau cuaca panas terik, alamat hujan akan turun


aliran
1.     Gerakan mengalir
Aliran air di kawasan hulu sungai terlalu deras.
2.     Haluan pemikiran
Pemikirannya mengikut aliran barat
3.     jurusan
Abang saya belajar dalam aliran sains


aturan
1.      adat, sopan santun
Remaja itu tidak tahu aturan ketika bercakap dengan orang tua-tua.
2.      Peraturan / undang-undang
Anda akan selamat jika melakukan sesuatu mengikut aturannya.
3.      Cara mengatur/ susunan
Aturan perabot dalam kelas itu kemas dan rapi

anggota
1.      Bahagan tubuh
Anggotanya lumpuh akibat kemalangan itu.
2.      Ahli
Kami anggota pasukan Pengakap

1 comment: